Keluarga Bahagia π
Setiap individu semestinya menginginkan sebuah keluarga yang bahagia.
Sama jugalah dengan aku. Meh sini aku nak cerita sikit tentang keluarga aku.
Ahli keluarga aku ada 6 orang termasuk ibu ayah dan adik-beradik. Encik Md
Nizam Bin Abdul Wahab atau pun orang-orang kampung semua panggil
dia Ijam Bond. Ayah aku ni lahir pada 9 September
1968 . Sekarang, dia berkhidmat sebagai seorang anggota polis di Ibu Pejabat
Polis Daerah Sepang. Ibu aku pula diberi nama Norsabarina Binti
Sabaruddin. Keluarga aku, adik beradik ibu aku semua panggil ibu dengan
panggilan Ina. Ibu aku ni pula lahir pada tanggal 11
Januari 1970 dan dia tak bekerja. Tapi dia jaga anak-anak buah aku bila kakak
kakak aku pergi kerja.
Kalau
nak cakap pasal adik-beradik. Aku ada empat orang adik beradik dan semuanya
perempuan. Aku sudah semestinya puteri bongsu dalam keluarga. Aku ada tiga
orang kakak yang macam macam perangainya. Ada yang garang, ada yang penyayang
dan ada juga yang manja mengalahkan aku yang bongsu ini.
Kakak aku yang sulung diberi nama Nurul Naziera yang aku panggil Along. Umur dia 30 tahun dengan ada dua orang cahaya mata yang diberi nama Rania (6 tahun) dan Mateen (7 bulan). Kakak sulung aku ni kerja dia jadi cikgu tadika dekat Little Caliph Kg Baharu Lanjut, Sepang. Lepastu, kakak kedua aku pula nama dia Nurul Nabielahuda atau kitorang panggil dia Adek yang berumur 29 tahun dan bekerja sebagai seorang pengutip hutang di Syarikat Adabi. Suaminya pula bekerja sebagai penghantar barangan. Diorang juga dah ada dua cahaya mata yang bernama Hayfa (5 tahun) dan Ammar (1 tahun).
Kemudian,
kakak aku yang ketiga atau lebih mesra dipanggil dengan panggilan 'Baby' pula
diberi nama Nurul Natasha. Dia kini berumur 25 tahun dan baru sahaja bertugas
sebagai seorang guru yang mengajar aliran pendidikan khas (pendengaran) di
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Ibrahim Yaacob di Kuala Lumpur. Dan di antara
ketiga - tiga kakak ini, saya paling rapat dengan Baby ini kerana mungkin jarak
umur kami yang tidak jauh dan sentiasa keluar bersama-sama.
Diaoranglah nyawa , jantung, cinta hati dan orang orang yang sangat penting untuk aku.
No comments:
Post a Comment