Jom kenal siapa aku.✌
Assalamualaikum w.b.t dan Hai korang.π
Inilah aku π
Nama
diberi Nurul Najwa Binti Md Nizam. "Bisikan Rahsia", itulah maksud
nama aku yang telah dibeikan oleh pakcik aku sendiri. Tapi, aku ada macam-macam
nama panggilan. Kalau korang nak tahu, keluarga ,sedara mara terdekat aku
panggil aku Ayang (bukan sayang tau). Kalau
kawan-kawan aku pula ada yang panggil Nawa, Wawa dan ada juga
yang panggil aku Waa (harapnya takde yang lagi pendek).
Aku telah selamat dilahirkan pada 10 Oktober tahun 2000 hari selasa
sekitar pukul 5.55 minit pagi dekat Hospital Besar Seremban,Negeri Sembilan.
Aku lahir je dekat Negeri Sembilan, tapi aku tinggal dekat Kampung Salak
Tinggi, Sepang Selangor. Untuk pengetahuan korang, aku ni takde kampung, sebab
tempat tinggal aku sekarang tulah kampung aku. Jadinya, sebab itulah ibu selalu
suruh aku cari pasangan yang jauh - jauh sikit. π
Aku ni adalah puteri bongsu daripada 4 orang adik beradik dalam
keluarga aku. Orang sekeliling selalu ingat anak bongsu ni manja, tapi
sebenarnya tak semua anak bongsu tu macam tu tau.. Hehehhe.. Warna
kegemaran aku pula merah jambu dengan hitam. Kalau nak cerita soal
makanan pulak, aku suka makanan yang pedas-pedas , lagi lagi kalau
makanan tu ayam. Lepas tu kalau dari segi baju baju pula, aku ni
lebih suka pakai warna gelap gelap , pkai seluar slack , sweatshirt lepastu
kasut sneackers.( nampak kasar sikit,heh).
Bila waktu terluang je, aku suka dengar lagu, menyanyi, keluar lepak main boling, lepas tu layan drama dan filem yang romantik. (Maklumlah, jiwa berbunga bunga). Walaupun nampak fizikal aku yang comel ni, aku juga minat dalam bidang sukan tau.... terutamanya sukan bola tampar dan petanque. Kalau korang nak tahu , aku pernah jadi wakil pertandingan bola tampar di peringkat daerah dan mendapat tempat ketiga pada tahun 2014. Selain itu, aku jugak suka sukan petanque dan pernah mewakili peringkat kebangsaan sewaktu di tingkatan enam dan berjaya mendapat tempat lima terbaik daripad 12 buah sekolah dalam negara ni. (Power enn. hehhehe)
Jadi,
aku rasa ini je kot setakat ni pasal diri aku. Nanti ada cerita lagi aku addon
Okayh.. Bye bye.. ✌
No comments:
Post a Comment