Pencapaian Akademik zaman Sekolah.
Aku dah mula bersekolah dekat Tabika Kemas Salak Tinggi sejak berusia 5 tahun.
Seterusnya aku bersekolah di Pra Sekolah Sekolah Kebangsaan Salak ketika
berumur 6 tahun. Kemudian aku teruskan sesi persekolahan aku pada sesi pagi di
Sekolah Kebangsaan Salak pada umur 7 hingga 12 tahun. Manakala pada sesi petang
pula aku dapat pendidikan di Sekolah Kafa Jannatul Firdaus Kampung Salak
Tinggi, Sepang Selangor.
Meh
aku kongsi dekat korang keputusan ujian ujian aku zaman sekolah dulu. Aku dah
dapat keputusan 8A dalam Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK), 4A 1B di
dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan keputusan Jaid Jidan semasa
Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA).
Seterusnya aku melanjutkan pendidikan menengah dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi Sepang, Selangor Darul Ehsan ketika berumur 13 hingga 17 tahun. Antara pencapaian yang aku telah peroleh ialah sebanyak 6A dalam Ujian Penilaian Tingkatan 3 (PT3) dan 2A- di dalam Ujian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika berumur 17 tahun. Kemudian aku melanjutkan pengajian di sekolah yang sama dengan menyambung Tingkatan Enam selama satu tahun setengah dalam jurusan Sains Sosial.
Gambar ketika berbuka puasa sewaktu di Tingkatan 6
Alhamdulillah, keputusan bagi
peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), aku dapat 3.67 dan dengan
keujian Dekan. Sekarang, aku tengah sambung belajar di peringkat Ijazah Sarjana
Muda dalam Jurusan Sastera Bahasa dan Linguistik Melayu dengan Kepujian di
Universiti Putra Malaysia (UPM).
Gambar semasa mendapat Anugerah
Kecemerlangan Dekan STPM 2018/2019
No comments:
Post a Comment