KEHADIRAN KULIAH DAN AMALI SEPANJANG MINGGU
Waazam
Kedewasaan bukan dilihat dari usia, tapi dilihat dari sikap, tindakan dan tingkah laku.
Monday, 4 July 2022
Kehadiran Kuliah
Friday, 1 July 2022
Ketika dan Kalimat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.
Amali pada hari ini merupakan kelas terakhir bagi kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Rasa seronok sangat sebab dah habis kelas online ni..Sebab selesai jugak semua tugasan yang diberikan. cuma tinggal nak jawab peperiksaan akhir je pulak nanti..
Untuk tugasan terakhir ketika dan kalimat ni, Prof. ada minta untuk ceritakan tentang diri, kursus,tugasan, pengalaman suka duka atau apa apa yang berkaitan dengan kursus ini. Jadi.. kisahku bermula begini....
Sem 4 kali ni saya dan rakan rakan sekali lagi menghadiri kuliah secara dalam talian lagi. Bunyinya agak seronoklah jugak sebab tak payah nak bangun awal pagi sangat berebut mandi kejar kejar bas nak pergi fakulti.hehehe.. Okay ..kita cerita tentang subjek Multimedia ni pulak. Mula -mula tu tugasan yang kami terima agak mudah... yelah tugas kena ambil gambar je kan lepastu post dekat media sosial..heheh.. Tapi makin minggu ke minggu.. tugasan yang diberikan amat mencabar jugak.. bermula dengan tugas kena siapkan video one shot yang ada banyak layer tu.. dari situlah bermulanya suara suara atau pun bisikan yang tidak gemar ... adanya keluhan keluhan kecil sebab makin lama kelamaan banyak video yang kami kena siapkan..h sampai terpaksa pakai baju kurung jalan kaki panas panas nak pergi bukit ekspo..huhuu... mestilah stress dan penat.. .. tipu sangat kalau kata tak stress tu tapi macam Prof selalu kata "jangat merungut, redha je" ... jadinya nak taknak. kita kenalah redha dan buat je kerja yang diberi.....HEHHEHE..
Waktu dalam kumpulan nak rakam video pun mestilah ada kisah kisah yang terjadi kan... dapat pulak satu kumpulan yang ada dua orang je lelaki yang sorang dekat kolej..sorang pulak dekat rumah.. jadinya agak susahlah nak berhubung tu..tapi ahli ahli kumpulan saya ni yang digelar SaPe Production ni memang terbaik.. Walaupun memang adalah kadang kadang tu salah faham..ada yang datang tempat nak rakam video tu lambat lah.. ada yang tak pandai nak berlakonlah... banyak kali jugaklah rakam video yang terbaik. Tapi Alhamdulillah.. kami semua dapat jugak bekerjasama menyiapkan semua video tugasan yang diberikan. Memang banyak sangat pengalaman,,kenangan pahit manis saya dengan ahli kumpulan cari idea..fikir baju, lokasi dengan masa nak rakam video yang sesuai . Tanpa mereka saya rasa tak jadi semua video kami tu..HEHHE
Untuk cara pengendalian kuliah pulak, saya suka dengan cara Prof bercakap.. Yelah mungkin pada mula mula kuliah dulu adalah jugak rasa macam Prof ni suka cakap banyak macam ibu ibu kita dekat rumah.. hehehehe... tapi memang betul pun Prof adalah ibu kita dekat kolej..kan.. heheheh...Prof seorang yang sempoi,,sporting, kelakar.. dengan garang dan tegas tu adalah sikit..hehe.. lepastu paling suka bila dengar prof cakap Korea... "Pali pali"... "Cateman" *maaf ye kalau salah..heehheh..
Dan paling penting lepasni, saya dah tahu nak ambil gambar cara yang betul lagi lagi bila kita guna rule of thirds.. Nak ambik gambar makanan sedap sedap lepasni.. boleh guna 4 jenis flatlay tu.. hehhe.. video pulak.. macam macam jenis shot and layer dah boleh buat ..hehhehe InsyaAllah.. Ilmu yang dipelajari sepanjang kursus Multimedia ni.. akan saya gunakan sebaik mungkin sehingga akhirnya.
Jadinya, saya rasa sampai sini je kot ketika dan kalimat saya.. Saya Nurul Najwa ingin meminta maaf sekiranya ada mengguriskan hati Prof sepanjang kuliah berlangsung.
Saya sayang Prof. Mwahh..ehhe...xoxo..
Jumpa lagi!!
Gambar Kenangan:
Tuesday, 28 June 2022
Pembentangan Resensi Buku Multimedia Dalam Bahasa
Assalamualaikum wbt. dan selamat sejahtera semua.
Pada kali ini, kami ditugaskan untuk membuat resensi buku multimedia dalam bahasa yang mengandungi sebanyak 7 bab. Kumpulan kami iaitu Sape Production merupakan kumpulan pertama yang perlu membuat pembentangan selam 30 minit. Sejujurnya kami sekumpulan agak berdebar untuk melakukan pembentangan akan tetapi kami dapat menyelesaikan tugasan ini bersama-sama mengikut waktu yang ditetapkan.
Kehadiran Kuliah dan Amali
Jumaat (1/7/2022)
Tuesday, 21 June 2022
Pembentangan Podcast
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Bagi minggu 12 ini, kami ditugaskan untuk membuat pembentangan individu berkaitan dengan podcast. Arahan yang diberikan adalah kami perlu memilih podcast dalam bahasa melayu sahaja, berdurasi minimum 15 minit dan tajuk podcast yang dipilih mestilah tidak sama dengan tajuk rakan sekelas yang lain. Tambahan dari itu, masa pembentangan yang diberikan kepada kami hanya;ah 7 minit.
Berikut merupakan pautan Google Drive Slide pembentangan individu tugasan ini:
https://drive.google.com/file/d/1GfJ74q0QS6NVaQHaUNy_KTaA7HIQtafT/view?usp=sharing
Kehadiran bagi Kuliah Pembentangan Podcast ini (22/6/2022)
Wednesday, 15 June 2022
Video Setempat
Untuk tugasan kali ini, kami ditugaskan untuk merakamkan video setempat yang berbeza dengan tugasan asas videografi yang lain sebelum ini, tugasan kali ini disiapkan secara individu dan bukannya berkumpulan. Walaupun video ini dirakam selama tiga minit dengan sekali rakam sahaja tanpa sebarang suntingan, namun ia masih sukar dilakukan kerana lokasi, situasi dan penceritaan perlu diambilkira dan difikirkan sesuai untuk dirakam.
tugasan resensi buku
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua.
Pada kali ini kami ditugaskan untuk membuat satu pembentangan secara berkumpulan mengenai resensi buku Multimedia dalam Bahasa . Kami diberikan tempoh 2 minggu untuk menyiapkan slide dan membuat pembentangan pada minggu 14. Pembahagian tugasan perlu ditentukan oleh kumpulan masing masing sendiri dan dibuat secara adil dan sama rata supaya tugasan dilakukan dengan baik sehingga selesai.
Tuesday, 14 June 2022
Video Dokumentari
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, pada minggu ini kami ditugaskan untuk membuat video terakhir iaitu video dokumentari. Kami diminta untuk memilih satu isu atau sesuatu topik yang memberi kesedaran kepada masyarakat lain. Oleh itu, tajuk video dokumentari kumpulan kami ialah "HATESPEECH". Perjalanan semasa melaksanakan video kali ini agak sukar kerana kami terpaksa merekodkannya dua kali dan kesuntukan masa kerana durasi video kami tidak mencukupi 7 minit yang dikehendaki. Walau bagaimanapun, kami tetap berjaya menyelesaikan tugasan video terakhir kami ini.
Berikut merupakan pautan video dokumentari kumpulan kami.
Selamat Menonton.
Kehadiran Kuliah
KEHADIRAN KULIAH DAN AMALI SEPANJANG MINGGU MINGGU 2 Kehadiran Kuliah (30/3/2022) - Letak telefon di pipi kiri ...

-
Keluarga Bahagia 💓 Setiap individu semestinya menginginkan sebuah keluarga yang bahagia. Sama jugalah dengan aku. Meh sini aku nak...
-
Posting Tutorial Senaman Ringkas di Akaun Tiktok Sendiri Hai semua. okayh. aku nak cerita sikit tentang perjalanan aku siapkan video ni. J...
-
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua. Pada kali ini kami ditugaskan untuk membuat satu pembentangan secara berkumpulan mengenai rese...